PKPP.

KKM saran lanjut tempoh PKPP

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir pada 31 Ogos ini, lapor Astro Awani.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata tempoh lanjutan itu perlu memandangkan negara masih bergelut dengan peningkatan kes.

Malah katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunua (WHO) juga menjangkakan pandemik COVID-19 akan berterusan untuk tempoh dua (2) tahun.

“Berkaitan PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos yang diumumkan (sebelum ini), pihak KKM telah membuat saranan kepada MKN dan juga Perdana Menteri supaya PKPP dipertimbangkan untuk dilaksanakan (dilanjutkan) sehingga keadaan lebih terkawal.”

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-saran-lanjut-tempoh-pkpp-256366